Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Rabu, Ogos 25, 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarham Imran bin Karim

Selasa (24 Ogos 2010), dua orang murid lelaki Tingkatan 3 telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan seorang maut, manakala seorang lagi mengalami kecederaan. Kemalangan dipercayai berlaku pada waktu petang tatkala umat Islam yang lain sibuk mencari dan menyediakan juadah untuk berbuka puasa.



Kemalangan berlaku berdekatan Kompleks Jabatan Perhilitan, Kg. Ladang, Gemas, Negeri Sembilan. Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa yang gagal mengawal motorsikal yang ditunggangi bersama kawannya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin, manakala rakannya yang cedera telah dihantar untuk dirawat di Klinik Kesihatan Gemas.




Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kg. Ladang sebelum solat Zohor pada hari Rabu (25 Ogos 2010). Ramai rakan mangsa yang diiringi beberapa orang guru datang menziarahi jenazah mangsa di rumah keluarganya di Taman Sentosa, Gemas. Turut sama menziarahi keluarga allahyarham ialah Tn. Hj. Zainuddin, wakil Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.





Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah...

Selasa, Ogos 24, 2010

Projek Bantuan Khas Ramadhan & Syawal Untuk GAZA (BARSUG)

Seluruh warga SMK Gemas telah diedarkan dengan sehelai borang setiap seorang untuk mengutip sumbangan berbentuk wang untuk mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada rakyat Gaza sempena bulan Ramadhan & Syawal ini.

Projek ini diusahakan oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari website: http://www.pemudamasjid.com/


Marilah kita sama-sama membantu rakan-rakan kita yang menderita di sana dengan sama-sama berusaha mengutip sebanyak mungkin sumbangan. Hubungilah kawan-kawan, saudara-mara & orang-orang yang dikenali & berkemampuan untuk mengumpulkan sumbangan ini. Selain mengutip sumbangan, hubungan yang agak renggang sebelum ini moga dapat dieratkan semula. Insya'Allah.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Penyerahan Netbook 1Malaysia

Tarikh: 19 Ogos 2010 (Khamis)
Tempat: Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Sg. Kelamah

Seramai 188 orang murid SMK Gemas terpilih untuk menerima Netbook 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa program ini adalah merupakan kerjasama antara ADUN Gemas, Felda, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media, Celcom, dan PPD Tampin. Berikut adalah gambar-gambar semasa hari penyerahan tersebut:








Khamis, Ogos 19, 2010

TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE MTD BAGI TING. 4 SESI KEMASUKAN 2011

Perhatian kepada murid-murid lelaki calon PMR 2010, tawaran untuk kemasukan ke MTD telah dibuka mulai 17 Ogos 2010 hingga 30 September 2010.

Sekiranya berminat, sila klik pada alamat di bawah untuk mendapatkan borang dan syarat-syarat kemasukan:

http://www.rmc.edu.my/mtd/eform/eborangMTD2011.pdf

Selasa, Ogos 17, 2010

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Gemas




Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Gambar-gambar Semasa Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Tarikh: 16 Ogos hingga 3 September 2010
Tempat: Dewan Besar SMK Gemas




Khamis, Ogos 12, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa dan Beribadat


Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gemas mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Beribadat kepada seluruh warga SMK Gemas dan ahli keluarga masing-masing. Semoga amalan yang dilakukan pada bulan ini lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu.

Sekiranya terdapat puasa yang tidak sempat digantikan sebelum ini, ingatlah bilangan harinya dan rujuklah ahli agama untuk mengira kadar fidyah yang perlu dibayar (namun begitu puasa tetap kena diganti).

Kejarlah ganjaran pahala yang dijanjikan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini, dan carilah kelebihan malam Lailatul Qadar...
Isikanlah setiap detik dan saat dengan amalan dan kebaikan kerana semuanya dijanjikan ganjaran pahala yang berganda. Hatta sekecil-kecil perlakuan dan kata-kata yang baik, itu adalah juga amal kebaikan.

Sesungguhnya benar syaitan dan iblis dikurung sebulan ini, tetapi jagalah nafsu kita agar kita tidak menjadi pengganti perlakuan atau tingkahlaku syaitan dan iblis yang dilaknati Allah. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dan hidayah Allah.


Protokol Susunan Bendera Negeri Mengikut Keutamaan

Maka susunan keutamaan bendera negeri di Malaysia pun berubah seperti berikut.


  1. Malaysia

  2. Kedah

  3. Pahang

  4. Kelantan

  5. Johor

  6. Perak

  7. Perlis

  8. Selangor

  9. Negeri Sembilan

10. Terengganu

11. Sarawak

12. Pulau Pinang

13. Sabah

14. Melaka

15. Wilayah Persekutuan

       Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya



Untuk makluman, sekarang ini bendera Wilayah Persekutuan hanya satu sahaja tidak lagi 3 wilayah selepas 1 Februari 2007.

Rabu, Ogos 11, 2010

Percubaan PMR 2010

Gambar-gambar Semasa Percubaan PMR 2010
Tarikh: 9 hingga 13 Ogos 2010
Tempat: Dewan Besar SMK Gemas