Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Rabu, Disember 29, 2010

Lepas SPM: Lepak, Kerja, atau...

Assalamualaikum...

Bertemu lagi di kesempatan ini. Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi, manakala suria 2011 kian menghampiri. Bagi murid-murid Tingkatan Tiga 2010, keputusan PMR telah pun diperoleh. Pastilah ada suka dan duka ketika mengambil keputusan masing-masing. Walau bagaimanapun, bagi pengurusan sekolah, pencapaian PMR pada tahun ini merupakan berita gembira untuk warga guru berikutan peningkatan GMP sekolah, iaitu 3.15 dan kebanyakan mata pelajaran turut mencatatkan peningkatan peratus kelulusan. Malah, mata pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 2 ( ERT) mencatatkan keputusan 100% lulus.


Itu berkaitan keputusan PMR yang telah diumumkan. Kini, pihak sekolah telah mula mengatur langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengharungi sesi persekolahan 2011 bermula 3 Januari 2011 nanti.

Peperiksaan SPM 2010 pula baru selesai diduduki oleh murid-murid Tingkatan Lima. Bagaimanalah agaknya pencapaian calon-calon SPM ini? Di harapkan semoga mereka akan mencapai keputusan yang membanggakan seperti mana yang diperoleh oleh adik-adik mereka di Tingkatan Tiga. Walau bagaimanapun, janganlah terlalu runsing memikirkan keputusan yang bakal diterima (dijangkakan keputusan diterima seawal hujung Februari atau awal Mac 2011).

Bagi murid Islam, banyakkanlah solat hajat dan berdoa. Begitu juga dengan calon bukan Islam, sentiasalah mendoakan keputusan yang terbaik walaupun disedari ada jawapan yang anda berikan salah atau pun tersasar daripada kehendak soalan. Semoga skema pemarkahan SPM 2010 menyebelahi anda kerana keputusan PMR 2010, khususnya mata pelajaran tertentu, gred lulus didapati agak rendah apabila diperhalusi murid-murid yang lulus (berdasarkan post-mortem).

Perancangan yang seharusnya bermain dalam fikiran anda kini ialah 'bagaimana untuk mengisi masa yang terluang sehingga keputusan diumumkan?'

Ada murid yang mengambil kesempatan ini dengan berkerja sambilan di pasaraya, kilang, kedai, katering, restoran, dan sebagainya. Ada juga murid yang membantu ibu, ayah, dan kaum keluarga berniaga. Malah ada juga mengisi senggang masa ini dengan menghadiri kursus-kursus jangka pendek seperti kelas menjahit, kelas komputer dan tidak ketinggalan bagi keluarga yang berkemampuan; mengambil lesen memandu, sama ada motorsikal mahupun kereta.

Harapan saya, semoga anda bijak membuat pilihan dengan memikirkan masa depan anda, ibu bapa, dan tidak ketinggalan adakah anda mahu menjadi contoh terbaik kepada adik beradik anda?

Khamis, Disember 23, 2010

Keputusan PMR 2010

Tahniah & Selamat Maju Jaya...

Keputusan PMR 2010 telah pun diumumkan pada 23 Disember 2010 (Khamis). Bermacam ragam & fesyen dapat disaksikan semasa remaja-remaja yang rata-ratanya berusia 15 tahun ini hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan peperiksaan masing-masing. Agak malang, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Gemas tidak berkesempatan untuk mengambil gambar ketika itu atas sebab-sebab teknikal.

Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan syabas tahniah kepada adik Hazirah binti Wahab kerana telah mendapat 8A dan muncul sebagai satu-satunya murid SMK Gemas yang mendapat 'straight A's'.

Selain itu, terdapat empat orang lagi murid mendapat 7A/1B, 6 orang mendapat 6A/2B, dan 5 orang mendapat 5A.

Bagi murid yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan, jangan bersedih... Anda masih berpeluang untuk mengubah masa depan anda untuk mencapai cita-cita masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan oleh mereka selepas ini terhadap cita-cita masing-masing. Ini adalah disebabkan, boleh dikatakan semua sekolah harian biasa menjuruskan setiap murid mengikut aliran Sains Tulen, Sains Agama, Sains Sosial, Perdagangan, Vokasional, dan sebagainya adalah berdasarkan keputusan PMR yang diperolehi oleh murid untuk kemasukan ke Tingkatan Empat.

Berikut disenaraikan nama-nama murid Cemerlang dengan keputusan PMR yang mereka perolehi:

Bil.   Nama                                                                   Keputusan PMR
1.     Hazirah bt. Wahab                                                       8A
2.     Tan Hann Woei                                                            7A/1B
3.     Ramkrisna a/l Gunalan                                                7A/1B
4.     Riyah Hidayat Albajilli bin Hashim                             7A/1B
5.     Kelly Ann a/p Santhana Raja                                      7A/1B
6.     Nor Syafikah bt. Ahmad                                              6A/2B
7.     Norfatin Zalykha bt. Sahidan                                       6A/2B
8.     Nur Aliah Ain bt. Hizhar                                                6A/2B
9.     Nurul Nadia bt. Ishak                                                    6A/2B
10.   Goh Yee Qing                                                               6A/2B
11.   Lee Jia Jian                                                                  6A/2B
12.   Lee Kai Yi                                                                     5A/3B
13.   Nurhanis Afiqah bt. Abd. Jalil                                     5A/2B/1C
14.   Kim Man Yi                                                                   5A/2B/1C
15.   Lee Veng Sheng                                                          5A/2B/1C
16.   Damia Athirah bt. Ajman                                             5A/2B/1D

Semoga kejayaan mereka ini menjadi pembakar semangat untuk murid-murid Tingkatan Tiga 2011 SMK Gemas mencatat keputusan yang lebih membanggakan. Tidak mustahil untuk kita mencipta sejarah kelulusan 100% sekiranya semua pihak, sama ada sekolah, ibu bapa, masyarakat, IPTA/ IPTS, badan-badan kerajaan, NGO-NGO, syarikat-syarikat korporat, orang perseorangan, wakil-wakil rakyat dan sebagainya menggembleng tenaga, kepakaran, sumber kewangan dan lain-lain yang difikirkan perlu untuk pembangunan modal insan, khususnya di daerah Gemas ini.

Di kesempatan ini, sekali lagi pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gemas mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan sumbangan demi peningkatan akademik, sahsiah dan motivasi murid-murid di sekolah ini.

Kepada bekas-bekas pelajar SMK Gemas yang kini bergelar mahasiswa/ mahasiswi, atau pun yang telah berkerjaya, anda dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman anda dengan murid-murid. Mungkin sumbangan anda akan dapat membuka mata murid-murid ini tentang kejayaan yang menanti mereka di luar ruang lingkup persekitaran mereka selama ini.

Isnin, Disember 13, 2010

Contoh Resume


AMINUDDIN HAMAT HAMBALI



ALAMAT RUMAH :

No. 242 Jalan Arowana 9,

Taman Arowana Impian,

70300 Seremban,

NEGERI SEMBILAN.

No. Tel : 019-6069509



JAWATAN DIPOHON :





MAKLUMAT PERIBADI :

Tarikh Lahir :

Status Perkahwinan :

Warganegara : Malaysia

No. Kad Pengenalan :

Jantina :
Umur :



KEMAHIRAN :

Penguasaan Bahasa Bertutur : Bahasa Malaysia / English

Penguasaan Bahasa Menulis : Bahasa Malaysia / English



Penguasaan Komputer : 1. MS Office (Word / Excel / Power Point)

                                     2. Grafik (Printshop / Print Artist )

                                     3. Internet



PENDIDIKAN :

Tahun                  Nama Sekolah / Institusi Pendidikan                 
1984 - 1989       S.R.K Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak
1989 (Jun - Dis)  S.R.K Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak

1990 - 1994       S.M.K Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak
1995                   S.M.K Batu Gajah, Batu Gajah, Perak

1996 - 1999        Institut Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, KL
2005 - 2008        Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


KELAYAKAN PENDIDIKAN :

1994 Sijil Am Peperiksaan (SAP)

1995 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

1999 Diploma Perguruan Malaysia (DPM)
         - Pengajian Melayu & Pengajian Matematik

2008 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
          - Bimbingan dan Kaunseling



PENGALAMAN KERJA :

Tahun  Majikan                                                     Tempoh                
1994

1995



REFERENCE :

Letakkan 2 nama individu, lengkap dengan alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh bakal majikan untuk pengesahan maklumat jika perlu.

Seboleh mungkin, letakkan nama pensyarah, guru, bekas majikan, atau sesiapa sahaja yang mengenali anda selain ahli keluarga.