Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Khamis, Januari 27, 2011

Kanival Pendidikan dan Kerjaya MARA 2011



UBK SMK Gemas ingin memaklumkan kepada semua bahawa MARA sedang mengadakan karnival bergerak ke seluruh Malaysia untuk mempromosi peluang-peluang pendidikan dan kerjaya bersama MARA sepanjang 2011 ini. Terbuka kepada semua untuk mengunjungi karnival ini kerana masuk adalah percuma.

 Karnival ini sangat berguna bukan sahaja kepada para pelajar lepasan SPM, STPM, malah turut bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat kerana peluang pendidikan yang ditawarkan oleh MARA turut melibatkan golongan yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah melalui Giat MARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan lain-lain lagi.

Karnival ini juga turut memberi informasi tentang penajaan-penajaan pendidikan yang diberikan oleh MARA dan pelbagai lagi pameran yang berkaitan.

Para pencari kerja juga boleh menghadiri temuduga 'walk-in' ketika karnival ini berlangsung di lokasi-lokasi yang berhampiran anda. Jangan lepaskan peluang!

Sekiranya ramai lepasan murid SMK Gemas yang berminat untuk pergi ke karnival ini, tetapi tiada pengangfkutan, UBK SMK Gemas sedia membantu untuk menyediakan perkhidmatan bas (kos bas ditanggung sendiri oleh peserta). Silalah dapatkan maklumat lanjut daripada Hj. Aminuddin.

Selasa, Januari 25, 2011

Lawatan Ke Karnival Jom Masuk U!

Baru-baru ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gemas, telah menganjurkan lawatan ke 'Karnival Jom Masuk U!' di MITC, Ayer Keroh, Melaka, pada 22 Januari 2011 (Sabtu). Seramai 36 orang murid Tingkatan Lima (daripada 40 yang mendaftar), dengan diiringi 4 orang guru, iaitu Hj. Aminuddin , En. Omar, Cik Hajar Norashikin dan Cik Pow Chee Fung telah mengikuti rombongan ini.

Sebelum bertolak dari sekolah pada pukul 10 pagi, para peserta lawatan ini telah terlebih dahulu diberi taklimat dan diambil kedatangan. Para peserta juga telah dibekalkan dengan tugasan berupa jadual yang perlu diisi dengan maklumat berkaitan cita-cita pelajar yang boleh diperoleh daripada pameran di karnival tersebut.

Rombongan kami tiba di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 11.30 pagi. Para pelajar dan guru-guru yang mengikuti lawatan ini kelihatan teruja, santai dan sporting sepanjang lawatan ini. Peluang yang ada telah digunakann oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengumpulkan dan mendapatkan makliumat terkini berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh semua IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian di pameran tersebut untuk diletakkan di bilik UBK SMK Gemas. En. Omar, Cik Hajar dan Cik Pow juga turut tidak ketinggalan mengumpulkan 'beg-beg' daripada gerai-gerai IPTA/IPTS yang ada.

Lebih kurang pada pukul 2 petang, kami bergerak ke Mydin Hypermarket yang terletak tidak jauh dari tempat pameran untuk solat Zohor, makan tengah hari dan membeli-belah. Walau bagaimanapun, satu peristiwa yang tidak disangka telah berlaku apabila kedengaran nama seorang pelajar dan guru-guru SMK Gemas telah diumumkan oleh pihak Mydin untuk pergi ke kaunter informasi. Kebiasaannya, pengumuman kepada pengunjung berlaku apabila ada anak kecil yang hilang atau diminta mengalihkan kenderaan. Kami tidak membawa anak kecil, dan tidak puyla mempunyai kunci untuk mengalihkan bas (memandu bas pun tak tahu).

Atas dasar ingin tahu perkara yang berlaku, saya pun pergilah ke kaunter informasi dan telah sedia menanti ialah seorang pengawal keselamatan yang meminta saya mengikutinya ke bilik kawalan keselamatan. Sebaik pintu dibuka, kelihatan dari belakang, dua orang perempuan duduk di kerusi. Jantung ini semakin berdebar-debar... Apakah sebenarnya yang berlaku? Kenapa dua orang murid perempuan ini berada di bilik kawalan keselamatan? Ikuti sambungannya dalam coretan akan datang...

Ahad, Januari 23, 2011

Tarikh Peperiksaan PMR dan SPM 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011
 
UPSR
Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)
 
PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,
  10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)
 
SPM
Amali

Ujian Bertulis


14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

STPMUjian Lisan
Ujian Bertulis


20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011
 
STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis
15 - 17 Jun  2011 (2 hari)



13 - 14  Jun 2011 (2 hari)
           

Selasa, Januari 18, 2011

Facebook Kaunseling SMK Gemas

Facebook Kaunseling SMK Gemas

Sempena kehadiran tahun 2011, UBK SMK Gemas telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam melengkapkan diri untuk berhubung dengan warga SMK Gemas dan masyarakat sekeliling melalui kewujudan facebook Kaunseling SMK Gemas

Adalah diharapkan agar semua warga SMK Gemas, sama ada murid, guru mahu pun bekas guru dan murid dapat menambahkan Kaunseling SMK Gemas sebagai rakan baru anda.