Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Gemas sentiasa membuka ruang perbincangan dan pertanyaan kepada warga SMK Gemas; khususnya murid-murid dan warga pendidiknya, serta mana-mana individu atau pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang ingin bekerjasama demi meningkatkan kecemerlangan SMK Gemas.
Kata-kata Aluan
Isnin, Februari 21, 2011
Mengumpul Senarai Nama Mangsa Banjir Gemas 2011
Bilangan mangsa banjir yang terlibat : 95 orang murid dan 5 orang guru. Berikut ialah senarai nama 5 orang guru yang menjadi mangsa banjir:
1. Cik Hjh. Rokiah (Pengetua)
2. Tn. Hj. Aminuddin
3. Pn. Baizura
4. Pn. Lee Bee Peng
5. Pn. Faizah Wahab
Sabtu, Februari 19, 2011
Program Kami Prihatin
Tarikh : 10 dan 11 Februari 2011
Tempat : Dewan Besar, SMK Gemas
Anjuran Bersama : Pelajar Praktikal Kursus Kepengetuaan, IAB
Bilangan Peserta : 30 orang
Jumaat, Februari 18, 2011
Banjir di Tmn. Sg. Gemas (30 Januari 2011- Ahad)
Jika sebelum ini saya pernah terlibat membantu mangsa banjir di Pagoh pada tahun 2006 ketika belajar di UIAM, namun pada tahun 2011, saya sendiri menjadi mangsa. Beginilah keadaan rumah saya yang ditenggelami air. Kebetulannya, gambar rumah saya ini telah dirakamkan oleh wartawan dan disiarkan di Utusan Online! Menurut cerita yang disampaikan oleh wakil penduduk dan melihat kesan air yang terdapat di dinding rumah, ketinggian air melepasi paras pintu & tingkap rumah! Habis rosak segala perabot, kereta Kancil, dokumen-dokumen penting, buku-buku akaun bank, TV LCD dan beberapa barang yang lain, termasuklah gambar-gambar yang terdapat di dalam album-album gambar serta 6 naskhah Al-Quran & beberapa nashkah surah Yaasin.
Pada hari kejadian, saya dan keluarga tiada di rumah kerana berada di kampung untuk membawa mertua menghadiri majlis kahwin di Masjid Muar dan menghantar anak saudara kembali ke asramanya. Isteri saya menerima panggilan telefon daripada jiran di Tmn. Sg. Gemas lebih kurang pada pukul 3 petang memaklumkan semua sedang berkemas untuk berpindah ke penempatan banjir. Saya dan isteri bergegas untuk pulang ke Gemas secepat mungkin setelah menghantar mertua dan anak saudara. Walau bagaimanapun, semua laluan ke Gemas, sama ada melalui Tebing Tinggi, Batu Anam, Segamat, Simpang Bekoh, Ayer Kuning, Sg. Kelamah dan laluan Kg. Londah sudah ditutup kerana ditenggelami air. Apabila menghubungi Balai Polis Gemas untuk mendapatkan gambaran keadaan banjir di Gemas, pegawai polis berkenaan menyatakan bahawa saya tidak perlu balik ke Gemas kerana semua jalan ke Gemas tidak boleh dilalui. Saya dan isteri terpaksa bertawakal dengan kemungkinan yang berlaku...
Hanya pada hari Selasa (1 Februari 2011) barulah saya dan isteri dapat kembali ke Gemas melalui lebuhraya dan melalui Tampin. Anak-anak ditinggalkan dengan keluarga kakak ipar di Sawahring. Apabila melihat keadaan rumah di Taman Sg. Gemas dengan mata kepala sendiri, tanpa disedari air mata mengalir di pipi. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya dan isteri hingga ke hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)