Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

KEIBUBAPAAN



Bagaimana Menjadi Ibubapa Cemerlang?

Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang


Judul : Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

Harga : RM20.00






Judul : Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

Pengarang : Saat Sulaiman

Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Genre : Keluarga & Keibubapaan

Mukasurat : 208 halaman

Cetakan Pertama : 2005

ISBN : 9833372848





Buku yang patut dibaca oleh ibu bapa yang ingin cemerlang supaya berjaya melahirkan anak yang cemerlang.



Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah, terutama di zaman sains dan teknologi, zaman manusia mengejar kemewahan dan kebendaan. Masa dan zaman akan berubah, namun manusia tetap sama iaitu dilahirkan dalam keadaan tiada seurat benang pun dan berakhir di liang lahad.



Ibu bapa yang berjaya menjadi cemerlang melahirkan generasi cemerlang kerana ibu bapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Apabila ibu bapa gagal menjadi cemerlang, mereka bukan sahaja gagal menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna, malah melahirkan anak-anak yang tidak berilmu dan berwawasan.



Pada masa ini, lahir pelbagai gegala sosial seperti persetubuhan tanpa nikah, bohsia dan bohjan, vandalisme, jenayah seawal usia persekolahan dan pelbagai lagi masalah yang timbul terutama di zaman globalisasi ini. Ibu bapa kini bukan sahaja disibukkan dengan tugas mencari rezeki, malah perlu menjadi suami dan isteri, perlu mendidik dan membesarkan anak-anak. Masa yang kian terbatas menyebabkan ramai ibu bapa gagal menjadi cemerlang.



Semoga dengan lahirnya buku ini akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada ibu bapa dan yang bakal bergelar ibu bapa. Semoga semua ibu bapa yang berada di negara Malaysia tercinta ini menjadi ibu bapa cemerlang demi melahirkan anak-anak berilmu, berketerampilan, berakhlak dan berwawasan.

Ibu bapa cemerlang adalah matlamat semua ibu bapa. Jika ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang, ibu bapa mesti memiliki pelbagai cabang ilmu pengetahuan, kemahiran mendidik, memahami psikologi dan tingkah laku manusia, kesabaran dan lain-lain. Memang bukan mudah mahu menjadi ibu bapa cemerlang namun dengan usaha memperbanyakkan ilmu, mengkaji kesalahan dan kesilapan, dengan izin Tuhan kita pasti berjaya menjadi ibu bapa cemerlang dan seterusnya menjadi role model kepada anak-anak untuk mewarisi kecemerlangan.



Manusia maju dengan ilmu, oleh demikian buku ini menambahkan lagi ilmu keibubapaan supaya kita berjaya menjadi ibu bapa cemerlang. Buku ini hanya mampu memberi jalan dan ikhtiar, kitalah yang akan mencorakkan diri kita. Semoga panduan dan idea yang akan dipaparkan nanti akan memberi jalan untuk berubah menjadi lebih cemerlang dan terus cemerlang.



Kandungan



1. Kenapa Ibu Bapa Perlu Cemerlang?



BAHAGIAN 1: Ciri-ciri Ibu Bapa Cemerlang

50 Ciri Ibu Bapa Cemerlang

1. Ibu Bapa yang Memiliki IQ yang Cemerlang

2. Ibu Bapa yang Menjadi Suami Isteri yang Cemerlang

3. Ibu Bapa yang Beriman

4. Ibu Bapa yang Tahu Membezakan Halal dan Haram

5. Ibu Bapa yang Tahu Kewajipan dan Hak sebagai Ibu Bapa

6. Ibu Bapa yang Amanah

7. Ibu Bapa yang Adil

8. Ibu Bapa yang Berilmu

9. Ibu Bapa yang Peka dan Prihatin

10. Ibu Bapa yang Mesra dan Penyayang

11. Ibu Bapa yang Menjaga Kebersihan

12. Ibu Bapa yang Tahu Ilmu Psikologi

13. Ibu Bapa yang Tidak Menjadikan Anak-anak sebagai Mangsa

14. Ibu Bapa yang Memahami Ajaran Quran dan Hadis

15. Ibu Bapa yang Mengelak Perbuatan yang Ditegah oleh Agama

16. Ibu Bapa yang Tahu Perkara yang Boleh Membatalkan Islam dan Iman

17. Ibu Bapa yang Tahu Ilmu Tajwid

18. Ibu Bapa yang Tahu Menggunakan Lidah

19. Ibu Bapa yang Tahu Menyembunyikan Masalah

20. Ibu Bapa yang Mengelakkan Pergaduhan di Hadapan Anak-anak

21. Ibu Bapa yang Tidak Mendera Fizikal dan Mental Anak-anak

22. Ibu Bapa yang Suka Menasihati dan Dinasihati

23. Ibu Bapa yang Mempunyai Mentaliti, 'Kami Serba Kekurangan'

24. Ibu Bapa yang Sering Muhasabah Diri

25. Ibu Bapa yang Rajin Mendidik Anak-anak

26. Ibu Bapa yang Menanam Iman ke dalam Jiwa Anak

27. Ibu Bapa yang Tidak Mendedahkan Aib Pasangan

28. Ibu Bapa yang Mampu Menjadi Guru di Rumah

29. Ibu Bapa yang Merendah Diri

30. Ibu Bapa yang Menepati Janji

31. Ibu Bapa yang Bijak Mengawal Emosi

32. Ibu Bapa yang Pandai Menyelesaikan Masalah

33. Ibu Bapa yang Mengambil Tahu Masalah Anak

34. Ibu Bapa yang Menanam Sifat Hormat, Bukan Takut kepada Anak

35. Ibu Bapa yang Tidak Suka Mengungkit

36. Ibu Bapa yang Suka Menghadiri Majlis Ilmu

37. Ibu Bapa yang Memiliki Sifat Mahmudah

38. Ibu Bapa yang Menjauhi Sifat Mazmumah

39. Ibu Bapa yang Memiliki Hobi Berfaedah

40. Ibu Bapa yang Mengelakkan Sifat Suka Menyalahkan Anak

41. Ibu Bapa yang Sabar Dengan Kerenah Anak

42. Ibu Bapa yang Suka Membantu

43. Ibu Bapa yang Berani Mengaku Kesalahan

44. Ibu Bapa yang Rajin Membaca

45. Ibu Bapa yang Berfikiran Positif

46. Ibu Bapa yang Mempunyai Buku Catatan

47. Ibu Bapa yang Bersifat Tegas

48. Ibu Bapa yang Berlemah Lembut

49. Ibu Bapa yang Pemaaf

50. Ibu Bapa yang Mampu Menjadi Role Model yang Baik kepada Anak



BAHAGIAN 2: Kesalahan dan Kelemahan Ibu Bapa

24 Kesalahan yang Patut Dielakkan oleh Ibu Bapa

1. Mendedahkah Aib Pasangan di Hadapan Anak-anak

2. Memungkiri Janji

3. Bercakap Bohong

4. Kurang Memuji

5. Pemarah

6. Bersifat Diskriminasi

7. Tidak Memahami Perasaan dan Kerenah Anak

8. Percaya Fitnah Tanpa Selidik

9. Kurang Ilmu Agama

10. Suka Bergaduh

11. Memaksa Anak

12. Ego

13. Berprasangka Buruk

14. Suka Mencari Salah Pasangan dan Anak

15. Mementingkan Diri Sendiri

16. Mendera Fizikal dan Mental Anak

17. Membazir Masa dan Wang

18. Mengabaikan Kesihatan Anak

19. Mendidik Anak dengan Didikan yang Salah

20. Mengabaikan Pendidikan Anak

21. Malu Meminta Maaf

22. Memukul Anak Hingga Mencederakan

23. Mencari Rezeki yang Haram

24. Tidak Menerima Pandangan Anak



BAHAGIAN 3: Langkah-langkah Berguna kepada Ibu Bapa

Kelemahan-kelemahan yang Perlu Diatasi

Panduan Praktik untuk Ibu Bapa

Situasi yang Sering Ditimbulkan oleh Anak-anak

Cara Menjauhkan Anak daripada Kecederaan



BAHAGIAN 4: Idea-idea untuk Ibu Bapa

Diari dan Kepentingannya

Iman dan Kepentingannya

Kepentingan Sabar

Peranan Ibu Bapa dalam Mencemerlangkan Pendidikan Anak-anak

Ilmu-ilmu yang Patut Dimiliki oleh Ibu Bapa

Kepentingan Perpustakaan Mini di Rumah

Kepercayaan dan Adat yang Perlu Dijauhi



BAHAGIAN 5: Perceraian

Apakah Peranan Ibu Bapa?



BAHAGIAN 6: Apendiks

Piramid Makanan

Penutup



Tiada ulasan:

Catat Ulasan