Dewasa ini, sama ada di kota raya, kampung, ataupun di kawasan pedalaman, murid sekolah menengah terdedah dengan budaya bercinta 'semasa masih sekolah' (cinta SMS). Tidak mengejutkan jika turut didapati ada murid sekolah rendah yang sudah didapati bercinta.
Cinta SMS ini boleh digolongkan kepada 3 kategori; Cinta Tulus, Cinta Monyet dan Cinta Nafsu. Tidak ramai murid yang tergolong dalam kategori Cinta Tulus, tetapi ramai yang mengalami Cinta Monyet semasa bersekolah. Agak menyedihkan apabila ramai juga yang terjerumus dalam Cinta Nafsu, lantaran tidak mampu mengawal emosi sendiri dan ada juga yang menjadi mangsa kepada pasangan masing-masing.
Cinta Tulus adalah perasaan cinta yang wujud pada seseorang terhadap seseorang yang lain secara luhur dan ikhlas. Tidak ada niat lain yang terselindung selain untuk melihat kegembiraan pasangannya dan sama-sama berusaha untuk menjayakan perasaan cinta tersebut dengan restu keluarga masing-masing. Murid sekolah yang tergolong dalam kategori Cinta Tulus ini lazimnya tidak terpesong fokusnya terhadap pencapaian akademiknya, malah perasaan cinta yang hadir menjadi pendorong dan pencetus untuk dirinya lebih berjaya agar menjadi kebanggaan kekasih hati.
Malah, apabila seseorang murid itu memperolehi Cinta Tulus semasa di sekolah, keikhlasan pasangan dalam menjaga perhubungan dengan mengawal tingkahlaku agar tidak melampaui batas sangat dikagumi serta dihormati oleh pasangannya. Oleh sebab itulah, hubungan pasangan Cinta Tulus ini lazimnya berakhir dengan ikatan perkahwinan setelah masing-masing mempunyai pekerjaan yang menyakinkan pasangan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing kelak apabila bergelar suami dan isteri.
Cinta Monyet pula dialami oleh ramai murid semasa melalui zaman persekolahan, khususnya ketika di sekolah menengah. Semuanya bermula dari pandangan mata, yang lazimnya berlaku pada murid-murid yang mempunyai raut wajah yang cantik dan tampan serta bentuk badan yang menarik. Perkenalan dimulakan dengan kiriman salam melalui kawan-kawan, kiriman nota, surat, bertukar-tukar nombor telefon, alamat emel, blog, facebook, twitter, digger dan sebagainya.
Kebiasaannya, murid yang mengalami Cinta Monyet ini akan sedikit sebanyak mengalami perubahan tingkahlaku dan sikap. Jika sebelum ini agak pendiam, mungkin menjadi lebih ceria. Jika sebelum ini berjalan dan melakukan aktiviti dengan rakan sesama jantina, murid yang mengalami Cinta Monyet ini mulai menjarakkan diri atas alasan inginkan privasi. Kekerapan menggunakan SMS, bil penggunaan telefon meningkat dan kekerapan menggunakan internet menjadi penunjuk utama perubahan ini. Walau bagaimanapun, lazimnya, Cinta Monyet ini tidak sampai ke mana kerana masing-masing takut untuk mengambil langkah seterusnya berterus-terang pada keluarga dan kawan-kawan masing-masing, dan akhirnya terputus begitu sahaja apabila masing-masing atau salah seorang membawa haluan masing-masing atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Cinta Nafsu pula seperti yang pernah dituliskan dalam artikel sebelum ini dalam kiriman blog terdahulu, adalah bercirikan nafsu semata-mata, sama ada oleh salah seorang pasangan, ataupun kedua-duanya. Cinta yang dilafazkan kepada pasangan mengandungi maksud terselindung untuk mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh pasangan masing-masing, sama ada berbentuk habuan seks ataupun mengikis kewangan pasangan. Akhirnya, pasangan mereka menjadi mangsa nafsu serakah mereka yang bertuankan nafsu ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cinta Nafsu, anda semua bolehlah merujuk kepada artikel Cinta atau Nafsu dalam kiriman blog terdahulu (bulan April).
Kesimpulannya, murid sekolah perlulah bijak dalam menguruskan perasaan masing-masing. Tidak ada kesalahan untuk menyayangi seseorang kerana rasa cinta itu adalah suci selagi ia tidak dicemari dengan nafsu yang tidak terkawal. Cinta yang teragung ialah rasa cinta terhadap Allah dan diikuti rasa cinta serta rindu kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Cinta kepada manusia perlulah ditimbangkan sebaik-baiknya agar tidak tersalah membawa haluan. Cinta kepada ibu dan bapa perlu didahulukan selagi mereka tidak membawa kepada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah (bergantung kepada status anak perempuan).
Fikir-fikirkanlah...
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Gemas sentiasa membuka ruang perbincangan dan pertanyaan kepada warga SMK Gemas; khususnya murid-murid dan warga pendidiknya, serta mana-mana individu atau pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang ingin bekerjasama demi meningkatkan kecemerlangan SMK Gemas.
Kata-kata Aluan
Memaparkan catatan dengan label Psikososial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Psikososial. Papar semua catatan
Jumaat, Julai 09, 2010
Selasa, Mei 25, 2010
Aktiviti-Aktiviti Yang Telah Dijalankan Oleh UBK SMK Gemas 2010
Tarikh: 1 April 2010 (Khamis)
Tempat: Dewan Besar SMK Gemas
Program PPDa bersama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, PPD Tampin dan AADK Negeri Sembilan
Tarikh: 13 April 2010 (Selasa)
Tempat: Dewan Besar SMK Gemas
Latihan Kebakaran SMK Gemas 2010
Tarikh: 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat: Berkumpul di padang SMK Gemas
Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Gemas (tapi gambar tak banyak...kamera buat hal)
Tarikh: 17 Mei 2010 (Isnin)
Tempat: Dewan Besar dan Padang SMK Gemas
Isnin, Mei 24, 2010
Tarikh Gaji Kakitangan Awam Malaysia Sepanjang Tahun 2010
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2010
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )
Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 25.01.2010 Isnin -
Februari 08.02.2010 Isnin Tahun Baru Cina
14 & 15.02.2010
Mac 25.03.2010 Khamis -
April 22.04.2010 Khamis -
Mei 24.05.2010 Isnin Pesta Menuai
30 & 31.05.2010
Jun *24.06.2010 Khamis Hari Gawai
1 & 2.06.2010
Julai 22.07.2010 Khamis -
Ogos 25.08.2010 Rabu -
September *23.09.2010 Khamis Hari Raya
10 & 11.09.2010
Oktober 25.10.2010 Isnin -
November 10.11.2010 Rabu Hari Raya Haji
17 & 18.11.2010
Deepavali 05.11.2010 Jumaat -
Disember 20.12.2010 Isnin Hari Krismas
25.12.2010
Note: Gaji bagi Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan Hari Gawai tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

Selasa, Mei 18, 2010
Sajak Malar Segar...(Ever green)
Guru Oh Guru!
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG (1979)

Khamis, Mei 06, 2010
Bergaya ke Sekolah... Betul atau Salah?
Ternyata murid-murid sekolah zaman sekarang sememangnya bergaya apabila ke sekolah... Murid-murid lelaki dengan pelbagai gaya fesyen rambut yang ditiru bulat-bulat daripada artis dan juga idola masing-masing. Malah, ada juga murid lelaki yang memakai seluar sekolah yang diketatkan di bahagian kaki dan memakai seluar sekolah yang seolah-olah dilondehkan ke paras atas sedikit daripada punggung. Manakala murid perempuan pula dengan pemakaian celak dan bedak yang berlebihan, tudung dan kain baju kurung sekolah yang disingkatkan, pemakaian cincin dan lain-lain yang jika disenaraikan di sini akan mengambil masa untuk menaipnya.
Persoalan utama yang harus diajukan kepada mereka, 'adakah mereka sedar status mereka sebagai murid sekolah ketika ini?' Sekiranya mereka sedar bahawa mereka adalah murid sekolah, seharusnya mereka perlulah bertingkah laku dan mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah pun ada garis panduan bagaimana seharusnya penampilan seorang murid sekolah.
Persoalan kedua pula ialah, 'adakah ibu bapa/ penjaga murid-murid sekolah ini tahu tingkahlaku dan penampilan anak-anak mereka ini salah dari segi peraturan sekolah?' Seandainya mereka tahu, bagaimana mungkin mereka boleh membenarkan anak mereka hadir ke sekolah dengan penampilan sedemikian? Tidakkah mereka pernah pergi ke sekolah? Adakah alasan mengikuti fesyen terkini boleh 'menghalalkan' segala tingkahlaku salah yang dibawa oleh anak mereka? Tidakkah mereka mahu anak-anak mereka tampil dengan imej kemas?
Pelbagai cerita berkaitan tingkahlaku negatif murid sekolah yang dilaporkan sama ada di media cetak ataupun media elektronik seharusnya menjadi rujukan kepada murid-murid dan ibubapa/ penjaga dalam memilih kebebasan sama ada dalam berfesyen mahupun bertingkahlaku.
Guru-guru sentiasa cuba untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid, sama ada dari aspek sahsiah, mahupun penampilan. Teguran-teguran yang diberi tidak mempunyai niat lain selain daripada menunjukkan tingkahlaku yang sepatutnya dipunyai oleh seorang murid sekolah. Walau bagaimanapun, sering kali tindakan-tindakan guru, khususnya guru disiplin di salah erti oleh ibubapa/ penjaga. Tugas seorang guru bukan hanya membentuk pengetahuan akademik murid, tetapi turut merangkumi sahsiah dan tingkahlaku murid. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan setiap guru, iaitu ke arah melahir dan membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Suka saya mengajak semua pihak sama-sama main peranan agar generasi pelapis tampuk pemerintahan negara ini tampil dengan penuh berkarisma, kemas dan mempunyai jatidiri yang tinggi selain tidak mengabaikan ibadah dalam agama masing-masing. Hubungan akrab antara ibubapa/ penjaga dengan guru-guru penting untuk menunjukkan kepada murid bahawa mereka tidak mempunyai peluang dan ruang untuk melakukan kesalahan yang dikhuatiri pada akhirnya menjerumuskan mereka tingkahlaku negatif yang tidak terbendung jika lewat dibendung.

Selasa, April 27, 2010
Cinta atau Nafsu?
PANDUAN MENGELAK CINTA NAFSU
Apabila disebut soal CINTA pada murid-murid sekolah menengah, sama ada dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5, sama ada lelaki atau perempuan, pasti ramai yang tersengih. Si gadis tersipu-sipu kononnya malu, si jejaka pula tersenyum 'macho'. Hmm, perlukah perasaan CINTA hadir dalam usia muda?
Persoalan yang wujud ialah, 'Apakah sebenarnya matlamat CINTA pasangan remaja ini?' Mungkin si gadis benar-benar mengharapkan dirinya di cintai oleh si jejaka yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya, seterusnya dipanjangkan jodoh untuk bersatu sebagai suami isteri dipenghujungnya. Namun, adakah hasrat yang sama ada dalam hati dan fikiran si jejaka?
Apabila disebut soal CINTA pada murid-murid sekolah menengah, sama ada dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5, sama ada lelaki atau perempuan, pasti ramai yang tersengih. Si gadis tersipu-sipu kononnya malu, si jejaka pula tersenyum 'macho'. Hmm, perlukah perasaan CINTA hadir dalam usia muda?
Tidak dinafikan ada pasangan yang bercinta sejak di sekolah menengah, akhirnya bersatu di jinjang pelamin. Tetapi lebih ramai yang dilihat hangat bercinta ketika di sekolah menengah... akhirnya putus juga setelah masing-masing membawa haluan selepas SPM.
Persoalan yang wujud ialah, 'Apakah sebenarnya matlamat CINTA pasangan remaja ini?' Mungkin si gadis benar-benar mengharapkan dirinya di cintai oleh si jejaka yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya, seterusnya dipanjangkan jodoh untuk bersatu sebagai suami isteri dipenghujungnya. Namun, adakah hasrat yang sama ada dalam hati dan fikiran si jejaka?Adakah si jejaka hanya melihat kecantikan yang dimiliki si gadis dan seterusnya ingin memperolehnya seperti trofi kemenangan yang kemudiannya dipamerkan di rak kemegahan mereka? Adakah pandangan mata si jejaka hanya berlandaskan nafsu?
Kepada si gadis mahupun si jejaka, fikirlah dalam-dalam setiap tindakan yang ingin diambil dalam menjalinkan hubungan CINTA.
Si gadis yang berfikiran singkat, pergaulannya agak terbatas, perasaan rendah diri yang menguasai pemikiran akan mudah dipengaruhi si jejaka yang mengumpan dengan kata-kata manis yang menjadi umpan CINTA NAFSU. Dalam diri setiap manusia itu ada perasaan NAFSU yang perlu dikawal dengan AKAL. Berhati-hatilah dalam perhubungan yang dijalin.
Si jejaka pada mulanya akan cuba untuk memegang tangan si gadis sambil menyulam dengan kata-kata cinta yang penuh romantis. Setelah agak selesa memegang tangan si gadis yang lembut (mungkin memakan masa, bergantung pada si gadis), si jejaka mengatur tempat duduk untuk duduk serapat mungkin. Apabila si gadis seolah-olah memberi isyarat yang dirinya sedia dihampiri, perlahan-lahan si jejaka meletakkan tangannya ke paha si gadis. Di sinilah segala-galanya bermula dan NAFSU mengambil tempat. Tangan si jejaka kemudiannya akan bergerak ke pinggang dan anggota badan yang lain.
Apabila si gadis tewas dan hanyut dengan pujuk rayu si jejaka yang mendambakan NAFSU, menyerahkan mahkota perawannya dengan rela (walaupun di bawah umur), ketahuilah anda masih boleh berubah dan ketahuilah bahawa ada insan dan pertubuhan yang sedia membantu anda untuk kembali ke pangkal jalan. Asalkan anda TEGAS untuk bertaubat dan berubah.
Coretan ini adalah panduan kepada si gadis untuk mengelakkan diri apabila bertemu dengan si jejaka yang menghampiri anda hanya untuk memuaskan NAFSUnya. Ketahuilah jarak minimum antara lelaki dan perempuan serta sentuhan-sentuhan yang boleh dan tidak boleh antara muhrim, walaupun oleh bapa sendiri. Sekiranya anda telah terjebak, terperangkap, tertipu dalam perangkap CINTA oleh si jejaka seperti yang dicatatkan di atas, dan anda inginkan bantuan untuk mengatasinya, silalah berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah/ tempat pengajian anda.
Saya akhiri coretan ini dengan petikan ayat oleh rakan saya, yang saya alih bahasakan ke Bahasa Melayu, Pn. Ezatul Arni (yang juga merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling di salah sebuah sekolah menengah di Selangor),
"Seks tidak menjadikan si lelaki itu milikmu dan anak yang dikandung tidak akan menyebabkan si dia sedia bertanggungjawab"
"Seks tidak menjadikan si lelaki itu milikmu dan anak yang dikandung tidak akan menyebabkan si dia sedia bertanggungjawab"
Langgan:
Catatan (Atom)