Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gemas ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun' kepada semua murid SMK Gemas. Murid-murid menengah atas, iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 telah pun mula menghadapi peperiksaan sejak hari Jumaat (21 Mei 2010), manakala murid-murid menengah rendah akan mula menghadapi peperiksaan mulai Isnin minggu hadapan (31 Mei 2010).
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun' juga kepada semua murid di seluruh Malaysia, sama ada di sekolah rendah, mahu pun di sekolah menengah.
Jika anda telah pun membuat persediaan sebelum ini, jawablah dengan tenang dan yakin. Walau bagaimanapun, janganlah terlalu yakin kerana ia akan hanya 'memakan diri'... sekiranya masih mempunyai banyak masa, semak setiap jawapan yang telah diberikan dan berilah jawapan yang benar-benar sesuai dan betul. Elakkan daripada bersembang, membuat bising dan jangan sekali-kali meniru jawapan kawan semasa peperiksaan berlangsung. Jangan lupa berdoa sebelum dan selepas peperiksaan dan mohon kepada Tuhan agar usaha anda direstui dan mendapat keputusan yang baik.
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Gemas sentiasa membuka ruang perbincangan dan pertanyaan kepada warga SMK Gemas; khususnya murid-murid dan warga pendidiknya, serta mana-mana individu atau pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang ingin bekerjasama demi meningkatkan kecemerlangan SMK Gemas.
Kata-kata Aluan
Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan
Isnin, Mei 24, 2010
Khamis, April 22, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)


