Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

PSIKOSOSIAL

Kenali dan Tangani Stres Anda

Pendahuluan
Stres adalah merupakan tindak balas fizikal, emosi, dan mental kepada perubahan keadaan persekitaran. Stres merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasanya berlaku apabila terdapat perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.

Kenapa Anda Stres?
  • Diri sendiri - kecewa
  • Keluarga - masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya
  • Pekerjaan/ Pelajaran - tidak cemerlang dalam kerja/ pelajaran, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya
  • Komuniti - bertengkar dengan jiran dan kawan-kawan
  • Kesesakan lalulintas
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi
  • Menunggu lama

Tanda-tanda Stres
  • Jantung berdegup kencang
  • Cepat marah
  • Rasa tidak gembira
  • Hilang selera makan
  • Hilang minat kerja
  • Sukar / tidak cukup tidur
  • Suka menengking
  • Mengasingkan diri

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah?
  • Bertenang... tarik nafas dan lepas perlahan-lahan
  • Kenal pasti punca anda marah
  • Dapatkan nasihat orang lain (seperti bertemu kaunselor)
  • Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Amalkan 10B
  • Bertenang
  • Bernafas dengan dalam
  • Katalah " relaks..."
  • Beribadat
  • Bercakap dengan seseorang
  • Berurut
  • Berehat dan mendengar muzik
  • Beriadah
  • Bersenam
  • Berfikiran positif
Maklumat dipetik daripada: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

1 ulasan: