Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Jumaat, Ogos 26, 2011

Program 3 Penjuru Percubaan PMR 2011

Tarikh : 25 Ogos 2011 (Khamis)      Tempat : Dewan Terbuka SMK Gemas        Masa : 1.00 - 2.40 petang








Program Gemilang 2012

Program Gemilang 2012 adalah merupakan perancangan awal pihak sekolah untuk menyediakan murid-murid yang diletakkan harapan agar cemerlang dalam PMR tahun 2012.

Murid-murid kelas 2 Berlian dipilih untuk mengikuti program ini berdasarkan prestasi semasa dalam setiap peperiksaan dan ujian yang dicapai sepanjang tahun 2011 dan 2012.

Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Gemilang ini ialah ceramah motivasi, bengkel akademik, kelas tambahan petang, program bersama dengan pihak luar, teknik menjawab peperiksaan dan lain-lain lagi yang perlu untuk meningkatkan motivasi, semangat, pendedahan awal peperiksaan dan semangat persaingan di kalangan murid.
                                                                                                                                               
       
    
                                                                                                                                                       
            
                                                                                                                                                                
                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                      
                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                          
                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                     


  



Selasa, Ogos 23, 2011

Takziah... Sabar dan Tabahlah Cikgu Alis...

Informasi terkini: Kami dimaklumkan bahawa ibu Cikgu Alis telah kembali ke rahmatullah pada 25 Ogos 2011 (Khamis), pada pukul 12.30 pagi di Hospital Kuala Pilah. Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Alis dan keluarga atas kehilangan yang dialami. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat Allah.

Al-Fatihah...



Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gemas ingin mengambil kesempatan dan peluang ini untuk mengucapkan kepada Cikgu Alis sekeluarga agar tabah dan bersabarlah tatkala menghadapi dugaan yang bertimpa - menghadapi ibu yang sakit di Hospital Kuala Pilah, dan baru-baru ini pula Cikgu Alis sendiri mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya terbabas.

Saat-saat menghadapi ibu yang sedang sakit, sediakanlah diri menghadapi kematian kerana setiap yang hidup pasti akan tiba ke penghujungnya. Banyakkan amalan bacaan Yaasin semoga 'khasiat bacaan Yaasin' itu akan memberikan kesan kepada ibu yang sedang sakit. Yakinlah pada-Nya. Tenangkanlah diri dengan zikir munajat kepada-Nya. Mohonlah kepada Allah kerana Allah suka mendengar hamba-Nya meminta daripada-Nya. Insya'Allah akan dimakbulkan... sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Sesungguhnya Allah menguji setiap umatnya untuk menilai tahap tingkatan iman seseorang. Ketahuilah, ujian Allah diturunkan mengikut kemampuan individu. Wallahualam...

Isnin, Ogos 22, 2011

Menjelang Syawal... Menghitung Tarikh PMR / SPM


 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saat saya menulis artikel ini, umat Islam di Malaysia berada pada malam Ramadhan yang ke-23. Salah satu malam ganjil dalam 10 malam terakhir. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan hingga detik ini untuk terus hidup di muka bumi Allah yang luas ini dengan satu tujuan... beribadat ke atasNya dalam apa jua yang dilakukan.

Dalam 10 hari terakhir ini, umat Islam kelihatan berbondong-bondong ke toko-toko besar, pasaraya-pasaraya, pasar-pasar malam, uptown, downtown, kedai-kedai dan lain-lain tempat untuk berbelanja membeli keperluan, pakaian dan perhiasan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. Tanpa mengira usia, baik tua mahupun muda, semuanya kelihatan sibuk berbelanja. Apatah lagi dengan pemberian imbuhan ikhlas setengah bulan gaji oleh kerajaan kepada kakitangan awam, merancakkan lagi perancangan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Bapa-bapa sibuk membelek kenderaan masing-masing. Ada yang menghantar servis, menukar tayar dan rim, menambah aksesori kenderaan dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga yang menukar cat rumah masing-masing, menambah keluasan rumah, memasang 'tiles', 'plaster ceiling', 'kitchen cabinet' dan macam-macam lagi.

Ibu-ibu pula sibuk menyediakan persiapan baju raya, kuih raya dan hiasan raya. Beberapa bulan sebelum Ramadhan, kain-kain telah terlebih dahulu dihantar kepada tukang jahit untuk menempah baju raya. Bagi yang menjahit sendiri baju, ruang tamu rumah bersepah dengan bidang-bidang kain pelbagai corak, buku-buku fesyen, benang, mesin jahit, pita ukur, pin baju dan segala yang berkaitan dengan jahitan...
              Manakala para ibu yang menyediakan hidangan kuih raya, dapur-dapur dipenuhi dengan segala jenis tepung, telur, pewarna, mangkuk, acuan kuih, oven dan lain-lain... sanggup berjaga hingga ke awal pagi untuk menyiapkan tempahan biskut-biskut (bagi yang mengambil tempahan biskut).
              Bagi kalangan yang mempunyai bajet lebih, fokus pastilah untuk menghias rumah dengan menukar langsir, sarung kesyen, set sofa dan sebagainya. Hiasan rumah mengikut citarasa dan kemampuan kewangan masing-masing.

Anak-anak pula dengan cara tersendiri dalam menyambut Syawal pada hari-hari terakhir Ramadhan ini. Saat ibu bapa leka dengan 'keasyikan' masing-masing, anak-anak mengambil kesempatan dengan bermain mercun, bunga api dan meriam buluh. Tidak dilupa juga kalangan anak muda yang berlumba haram dan 'berembun' dengan pasangan masing-masing hingga berakhir di hotel-hotel dan rumah-rumah tumpangan.

Di manakah anak-anak muda ini saat malam tiba? Terutama golongan remaja yang masih di alam persekolahan, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Saya sendiri berasa sangat kecewa kerana ada di kalangan murid (khususnya calon-calon PMR dan SPM) yang mengambil jalan mudah dengan berhenti sekolah tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang dalam kitaran hidupnya.

Suka saya ingin coretkan di sini, hidup kita ini penuh dengan pelbagai pilihan hinggakan kita acapkali tersilap memilih dan memilih ikut kata hati, bukan secara rasionalisasi. Jadikanlah kisah Michael Jackson sebagai pengajaran dan renungan kita. Kemasyhurannya memang diakui di seluruh dunia... namun, beliau adalah antara contoh individu yang 'dewasa sebelum masanya'. Terkenal sejak kecil bersama kumpulan Jackson Five, pergaulan dan pergerakan dikawal, alam kanak-kanak dan remajanya dikesampingkan, hingga akhirnya, Michael Jackson tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri.

Kepada calon-calon PMR, tempoh masa yang tinggal dalam lingkungan 5 minggu ini, gunalah dengan sebaik mungkin. Tidak ada istilah terlambat untuk memulakan ulangkaji biarpun disedari telah lama ketinggalan. Sesungguhnya langkah pertama itu memang susah untuk dilakukan atas pelbagai sebab dan alasan, tetapi apabila telah mula masuk ke 'gear' ketiga, keempat. dan kelima, pastinya anda akan selesa kemudiaanya untuk mengulangkaji.

Begitu jugalah halnya dengan calon-calon SPM. Jangka masa 9 minggu yang berbaki ini sangat penting untuk diisi dengan ulangkaji yang sedikit tapi konsisten.

Bagaimana kaedah untuk melakukannya? Itu anda kena temui sendiri Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Yakinlah, anda mampu melakukannya!

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya murid-murid SMK Gemas dan mereka yang mengenali saya. Ampunkan salah silap sekiranya ada tersinggung kata dan tersalah bicara...

Sabtu, Ogos 13, 2011

Murid-murid Cemerlang dan Harapan PMR dan SPM 2011 SMK Gemas

Seperti kebanyakan sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia atau di mana-mana di dunia ini, pastinya ada kumpulan pelajar yang telah dikenal pasti utk di letakkan sebagai sandaran kecemerlangan dalam aspek akademik.

Justeru, SMK Gemas juga tidak terkecuali dengan memilih kumpulan pelajar ini yang dipilih mengikut dua kategori iaitu Sasaran Cemerlang dan Sasaran Harapan, sama ada di peringkat PMR, mahu pun di peringkat SPM. Ini adalah bertujuan memupuk semangat untuk bersaing di kalangan pelajar ke arah mencapai keputusan yang diingini.


 Calon-calon Cemerlang dan Harapan PMR 2011

Calon-calon Cemerlang dan Harapan SPM 2011

Pelajar dipilih adalah berdasarkan kedudukan pencapaian mereka dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk kumpulan pelajar ini sehinggalah mereka selesai menghadapi peperiksaan masing-masing.

Pemilihan kumpulan pelajar ini adalah selari dengan hasrat PPD Tampin, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang saban tahun mengharapkan peningkatan pencapaian akademik di sekolah-sekolah dengan menetapkan sasaran ETR, TOV, dan headcount yang perlu dijadikan sasaran pencapaian.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah tidak mengabaikan kelompok pelajar yang lain kerana pihak sekolah sentiasa yakin dan percaya akan kemampuan pelajar-pelajar sekolah ini untuk mendokong pencapaian keputusan akademik yang baik. Malah, pihak sekolah juga turut menyediakan pelbagai program seperti kelas tambahan, bengkel dan teknik menjawab peperiksaan untuk semua pelajar, di samping program-program lain yang dirancang oleh pihak sekolah.

'Setiap murid umpama komponen kenderaan yang menjadikan sesebuah kenderaan itu berfungsi dengan baik. Jika ada di kalangan komponen itu yang rosak atau kurang baik, maka sudah pastilah kenderaan itu akan dipandang rendah oleh pihak di luar sana...'

Marilah kita sama-sama menjadikan matlamat ke arah mencipta kejayaan cemerlang di luar dugaan agar SMK Gemas akan mencatatkan sejarah pencapaian keputusan PMR dan SPM terbaik bukan setakat di daerah Tampin, bukan setakat di Negeri Sembilan, tetapi meniti dari mulut ke mulut di seluruh Malaysia.

Yakinlah kita mampu!


Khamis, Ogos 11, 2011

PROGRAM MENTOR MENTEE 2011

Tarikh   : 10 Ogos 2011 (Rabu)
Masa    : 2.00 - 3.00 petang
Tempat : Dewan Besar SMK Gemas
Sasaran : 20 orang calon PMR, 20 orang calon SPM, 30 orang guru

Program ini bertujuan untuk membimbing murid-murid yang diletakkan dalam kelompok sasaran Cemerlang dan Harapan untuk peperiksaan PMR dan SPM.

Calon-calon PMR hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan sebenar, manakala calon-calon SPM hanya tinggal lebih kurang 11 minggu sahaja.

Perjumpaan antara mentor dan mentee disarankan dijalankan sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan setiap perjumpaan dicatatkan di dalam borang yang dibekalkan di dalam fail setiap mentee.

Mentor dikehendaki membincangkan latar belakang mentee, mengenal pasti masalah dan matapelajaran yang agak lemah dan cuba membantu tanganinya sedapat mungkin.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan perjumpaan adalah atas inisiatif dan kreativiti mentor masing-masing:

Contoh
  • Lawatan ke rumah mentee
  • Pemantauan pelaksanaan jadual belajar di rumah mentor
  • Menyediakan soalan-soalan latihan mengikut matapelajaran peperiksaan yang diambil
  • Sambutan Hari Raya
  • pemberian insentif peribadi
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa pelancaran program:-


Ucapan pelancaran program Mentor Mentee oleh Pengetua

 Guru-guru yang terpilih sebagai Mentor

 GPK-GPK, Ketua-ketua Bidang dan Guru Cemerlang turut serta sebagai Mentor...

 Antara Calon-calon SPM yang terpilih sebagai Mentee...

 Antara Calon-calon PMR yang terpilih...


Isnin, Ogos 08, 2011

Tarikh Tutup Permohonan ke UiTM Telah Dilanjutkan

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011


Makluman : Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011 telah dilanjutkan sehingga 14 ogos 2011.

Program Destini Anak Bangsa untuk permohonan PraDiploma, Asasi, Diploma, dan Sarjana Muda



Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web di bawah:


Sistem Permohonan Kemasukan UiTM Secara Online

...•http://online.uitm.edu.my/

Ahad, Ogos 07, 2011

Selamat Menghadapi Percubaan PMR 2011

Tarikh : 8hb hingga 12hb Ogos 2011
Tempat: Dewan Besar SMK Gemas

Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menghadapi Percubaan PMR untuk murid-murid Tingkatan 3.

PMR adalah peperiksaan awam kedua anda. Keputusan percubaan sama penting dengan peperiksaan sebenar, cuma bezanya ialah ia boleh diperbaiki dalam peperiksaan sebenar.

Walau bagaimanapun, jangan terlalu kecewa sekiranya keputusan percubaan tidak seperti yang diharapkan. Usaha lagi hingga selesai peperiksaan sebenar. Anda boleh melakukan!

Semoga 8A dalam genggaman!

Minggu Peningkatan Jati Diri (Anti Dadah) SMK Gemas 2011

Tarikh: 25 hingga 29 Julai 2011
Tempat: SMK Gemas
Sasaran: Murid-murid Tingkatan 1, 2, 4 dan ahli-ahli SLAD
Penceramah : En. Maizan bin Mahmood (Wakil NGO, AADK, bekas Polis Unit Narkotik)

 Komited sampaikan maklumat...
 Khusyuk dengar ceramah...


 Penatnya...


 Barang-barang berkaitan dadah yang turut dipamerkan...
 Jarum-jarum suntikan yang pernah digunakan oleh penagih...
 Alat-alat dicipta untuk menghisap 'ice'
 Gam basikal yang dihidu oleh penagih...

 Ganja...
 Tembakau dan rokok gulung yang dicampur dadah...
Jenis-jenis pil dadah...