Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Rabu, Ogos 25, 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarham Imran bin Karim

Selasa (24 Ogos 2010), dua orang murid lelaki Tingkatan 3 telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan seorang maut, manakala seorang lagi mengalami kecederaan. Kemalangan dipercayai berlaku pada waktu petang tatkala umat Islam yang lain sibuk mencari dan menyediakan juadah untuk berbuka puasa.



Kemalangan berlaku berdekatan Kompleks Jabatan Perhilitan, Kg. Ladang, Gemas, Negeri Sembilan. Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa yang gagal mengawal motorsikal yang ditunggangi bersama kawannya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin, manakala rakannya yang cedera telah dihantar untuk dirawat di Klinik Kesihatan Gemas.




Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kg. Ladang sebelum solat Zohor pada hari Rabu (25 Ogos 2010). Ramai rakan mangsa yang diiringi beberapa orang guru datang menziarahi jenazah mangsa di rumah keluarganya di Taman Sentosa, Gemas. Turut sama menziarahi keluarga allahyarham ialah Tn. Hj. Zainuddin, wakil Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.





Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan