Tahniah & Selamat Maju Jaya...
Keputusan PMR 2010 telah pun diumumkan pada 23 Disember 2010 (Khamis). Bermacam ragam & fesyen dapat disaksikan semasa remaja-remaja yang rata-ratanya berusia 15 tahun ini hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan peperiksaan masing-masing. Agak malang, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Gemas tidak berkesempatan untuk mengambil gambar ketika itu atas sebab-sebab teknikal.
Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan syabas tahniah kepada adik Hazirah binti Wahab kerana telah mendapat 8A dan muncul sebagai satu-satunya murid SMK Gemas yang mendapat 'straight A's'.
Selain itu, terdapat empat orang lagi murid mendapat 7A/1B, 6 orang mendapat 6A/2B, dan 5 orang mendapat 5A.
Bagi murid yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan, jangan bersedih... Anda masih berpeluang untuk mengubah masa depan anda untuk mencapai cita-cita masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan oleh mereka selepas ini terhadap cita-cita masing-masing. Ini adalah disebabkan, boleh dikatakan semua sekolah harian biasa menjuruskan setiap murid mengikut aliran Sains Tulen, Sains Agama, Sains Sosial, Perdagangan, Vokasional, dan sebagainya adalah berdasarkan keputusan PMR yang diperolehi oleh murid untuk kemasukan ke Tingkatan Empat.
Berikut disenaraikan nama-nama murid Cemerlang dengan keputusan PMR yang mereka perolehi:
Bil. Nama Keputusan PMR
1. Hazirah bt. Wahab 8A
2. Tan Hann Woei 7A/1B
3. Ramkrisna a/l Gunalan 7A/1B
4. Riyah Hidayat Albajilli bin Hashim 7A/1B
5. Kelly Ann a/p Santhana Raja 7A/1B
6. Nor Syafikah bt. Ahmad 6A/2B
7. Norfatin Zalykha bt. Sahidan 6A/2B
8. Nur Aliah Ain bt. Hizhar 6A/2B
9. Nurul Nadia bt. Ishak 6A/2B
10. Goh Yee Qing 6A/2B
11. Lee Jia Jian 6A/2B
12. Lee Kai Yi 5A/3B
13. Nurhanis Afiqah bt. Abd. Jalil 5A/2B/1C
14. Kim Man Yi 5A/2B/1C
15. Lee Veng Sheng 5A/2B/1C
16. Damia Athirah bt. Ajman 5A/2B/1D
Semoga kejayaan mereka ini menjadi pembakar semangat untuk murid-murid Tingkatan Tiga 2011 SMK Gemas mencatat keputusan yang lebih membanggakan. Tidak mustahil untuk kita mencipta sejarah kelulusan 100% sekiranya semua pihak, sama ada sekolah, ibu bapa, masyarakat, IPTA/ IPTS, badan-badan kerajaan, NGO-NGO, syarikat-syarikat korporat, orang perseorangan, wakil-wakil rakyat dan sebagainya menggembleng tenaga, kepakaran, sumber kewangan dan lain-lain yang difikirkan perlu untuk pembangunan modal insan, khususnya di daerah Gemas ini.
Di kesempatan ini, sekali lagi pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gemas mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan sumbangan demi peningkatan akademik, sahsiah dan motivasi murid-murid di sekolah ini.
Kepada bekas-bekas pelajar SMK Gemas yang kini bergelar mahasiswa/ mahasiswi, atau pun yang telah berkerjaya, anda dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman anda dengan murid-murid. Mungkin sumbangan anda akan dapat membuka mata murid-murid ini tentang kejayaan yang menanti mereka di luar ruang lingkup persekitaran mereka selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan