Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Rabu, Disember 29, 2010

Lepas SPM: Lepak, Kerja, atau...

Assalamualaikum...

Bertemu lagi di kesempatan ini. Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi, manakala suria 2011 kian menghampiri. Bagi murid-murid Tingkatan Tiga 2010, keputusan PMR telah pun diperoleh. Pastilah ada suka dan duka ketika mengambil keputusan masing-masing. Walau bagaimanapun, bagi pengurusan sekolah, pencapaian PMR pada tahun ini merupakan berita gembira untuk warga guru berikutan peningkatan GMP sekolah, iaitu 3.15 dan kebanyakan mata pelajaran turut mencatatkan peningkatan peratus kelulusan. Malah, mata pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 2 ( ERT) mencatatkan keputusan 100% lulus.


Itu berkaitan keputusan PMR yang telah diumumkan. Kini, pihak sekolah telah mula mengatur langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengharungi sesi persekolahan 2011 bermula 3 Januari 2011 nanti.

Peperiksaan SPM 2010 pula baru selesai diduduki oleh murid-murid Tingkatan Lima. Bagaimanalah agaknya pencapaian calon-calon SPM ini? Di harapkan semoga mereka akan mencapai keputusan yang membanggakan seperti mana yang diperoleh oleh adik-adik mereka di Tingkatan Tiga. Walau bagaimanapun, janganlah terlalu runsing memikirkan keputusan yang bakal diterima (dijangkakan keputusan diterima seawal hujung Februari atau awal Mac 2011).

Bagi murid Islam, banyakkanlah solat hajat dan berdoa. Begitu juga dengan calon bukan Islam, sentiasalah mendoakan keputusan yang terbaik walaupun disedari ada jawapan yang anda berikan salah atau pun tersasar daripada kehendak soalan. Semoga skema pemarkahan SPM 2010 menyebelahi anda kerana keputusan PMR 2010, khususnya mata pelajaran tertentu, gred lulus didapati agak rendah apabila diperhalusi murid-murid yang lulus (berdasarkan post-mortem).

Perancangan yang seharusnya bermain dalam fikiran anda kini ialah 'bagaimana untuk mengisi masa yang terluang sehingga keputusan diumumkan?'

Ada murid yang mengambil kesempatan ini dengan berkerja sambilan di pasaraya, kilang, kedai, katering, restoran, dan sebagainya. Ada juga murid yang membantu ibu, ayah, dan kaum keluarga berniaga. Malah ada juga mengisi senggang masa ini dengan menghadiri kursus-kursus jangka pendek seperti kelas menjahit, kelas komputer dan tidak ketinggalan bagi keluarga yang berkemampuan; mengambil lesen memandu, sama ada motorsikal mahupun kereta.

Harapan saya, semoga anda bijak membuat pilihan dengan memikirkan masa depan anda, ibu bapa, dan tidak ketinggalan adakah anda mahu menjadi contoh terbaik kepada adik beradik anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan