Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Khamis, Januari 27, 2011

Kanival Pendidikan dan Kerjaya MARA 2011



UBK SMK Gemas ingin memaklumkan kepada semua bahawa MARA sedang mengadakan karnival bergerak ke seluruh Malaysia untuk mempromosi peluang-peluang pendidikan dan kerjaya bersama MARA sepanjang 2011 ini. Terbuka kepada semua untuk mengunjungi karnival ini kerana masuk adalah percuma.

 Karnival ini sangat berguna bukan sahaja kepada para pelajar lepasan SPM, STPM, malah turut bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat kerana peluang pendidikan yang ditawarkan oleh MARA turut melibatkan golongan yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah melalui Giat MARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan lain-lain lagi.

Karnival ini juga turut memberi informasi tentang penajaan-penajaan pendidikan yang diberikan oleh MARA dan pelbagai lagi pameran yang berkaitan.

Para pencari kerja juga boleh menghadiri temuduga 'walk-in' ketika karnival ini berlangsung di lokasi-lokasi yang berhampiran anda. Jangan lepaskan peluang!

Sekiranya ramai lepasan murid SMK Gemas yang berminat untuk pergi ke karnival ini, tetapi tiada pengangfkutan, UBK SMK Gemas sedia membantu untuk menyediakan perkhidmatan bas (kos bas ditanggung sendiri oleh peserta). Silalah dapatkan maklumat lanjut daripada Hj. Aminuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan