Kata-kata Aluan

GURU-GURU SMK GEMAS TAHUN 2011

Selasa, Januari 25, 2011

Lawatan Ke Karnival Jom Masuk U!

Baru-baru ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gemas, telah menganjurkan lawatan ke 'Karnival Jom Masuk U!' di MITC, Ayer Keroh, Melaka, pada 22 Januari 2011 (Sabtu). Seramai 36 orang murid Tingkatan Lima (daripada 40 yang mendaftar), dengan diiringi 4 orang guru, iaitu Hj. Aminuddin , En. Omar, Cik Hajar Norashikin dan Cik Pow Chee Fung telah mengikuti rombongan ini.

Sebelum bertolak dari sekolah pada pukul 10 pagi, para peserta lawatan ini telah terlebih dahulu diberi taklimat dan diambil kedatangan. Para peserta juga telah dibekalkan dengan tugasan berupa jadual yang perlu diisi dengan maklumat berkaitan cita-cita pelajar yang boleh diperoleh daripada pameran di karnival tersebut.

Rombongan kami tiba di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 11.30 pagi. Para pelajar dan guru-guru yang mengikuti lawatan ini kelihatan teruja, santai dan sporting sepanjang lawatan ini. Peluang yang ada telah digunakann oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengumpulkan dan mendapatkan makliumat terkini berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh semua IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian di pameran tersebut untuk diletakkan di bilik UBK SMK Gemas. En. Omar, Cik Hajar dan Cik Pow juga turut tidak ketinggalan mengumpulkan 'beg-beg' daripada gerai-gerai IPTA/IPTS yang ada.

Lebih kurang pada pukul 2 petang, kami bergerak ke Mydin Hypermarket yang terletak tidak jauh dari tempat pameran untuk solat Zohor, makan tengah hari dan membeli-belah. Walau bagaimanapun, satu peristiwa yang tidak disangka telah berlaku apabila kedengaran nama seorang pelajar dan guru-guru SMK Gemas telah diumumkan oleh pihak Mydin untuk pergi ke kaunter informasi. Kebiasaannya, pengumuman kepada pengunjung berlaku apabila ada anak kecil yang hilang atau diminta mengalihkan kenderaan. Kami tidak membawa anak kecil, dan tidak puyla mempunyai kunci untuk mengalihkan bas (memandu bas pun tak tahu).

Atas dasar ingin tahu perkara yang berlaku, saya pun pergilah ke kaunter informasi dan telah sedia menanti ialah seorang pengawal keselamatan yang meminta saya mengikutinya ke bilik kawalan keselamatan. Sebaik pintu dibuka, kelihatan dari belakang, dua orang perempuan duduk di kerusi. Jantung ini semakin berdebar-debar... Apakah sebenarnya yang berlaku? Kenapa dua orang murid perempuan ini berada di bilik kawalan keselamatan? Ikuti sambungannya dalam coretan akan datang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan