Masa : 2.00 - 3.00 petang
Tempat : Dewan Besar SMK Gemas
Sasaran : 20 orang calon PMR, 20 orang calon SPM, 30 orang guru
Program ini bertujuan untuk membimbing murid-murid yang diletakkan dalam kelompok sasaran Cemerlang dan Harapan untuk peperiksaan PMR dan SPM.
Calon-calon PMR hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan sebenar, manakala calon-calon SPM hanya tinggal lebih kurang 11 minggu sahaja.
Perjumpaan antara mentor dan mentee disarankan dijalankan sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan setiap perjumpaan dicatatkan di dalam borang yang dibekalkan di dalam fail setiap mentee.
Mentor dikehendaki membincangkan latar belakang mentee, mengenal pasti masalah dan matapelajaran yang agak lemah dan cuba membantu tanganinya sedapat mungkin.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan perjumpaan adalah atas inisiatif dan kreativiti mentor masing-masing:
Contoh
- Lawatan ke rumah mentee
- Pemantauan pelaksanaan jadual belajar di rumah mentor
- Menyediakan soalan-soalan latihan mengikut matapelajaran peperiksaan yang diambil
- Sambutan Hari Raya
- pemberian insentif peribadi
Ucapan pelancaran program Mentor Mentee oleh Pengetua
Guru-guru yang terpilih sebagai Mentor
GPK-GPK, Ketua-ketua Bidang dan Guru Cemerlang turut serta sebagai Mentor...
Antara Calon-calon SPM yang terpilih sebagai Mentee...
Antara Calon-calon PMR yang terpilih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan